Zamarul, Diana Pilih Nama ‘Kayla Reysha’

Posted on

 

PASANGAN bahagia, Zamarul Hisham dan Diana Rafar memilih nama Kayla Reysha untuk anak kedua mereka.

Bayi comel seberat 3.4 kilogram itu selamat dilahirkan oleh Diana bertempat di Hospital Pakar DEMC, Shah Alam semalam.

 

Nanti mama minta kan doa aunty uncle kat luar sana yer syg… biar @kaylareysha jadi anak yg soleha sihat selalu ok baby girl mama💖 #alhamdulillahsyukurselalu #3.4kg

A post shared by [email protected] (@dianarafar) on

 

Pemilihan nama bayi perempuan itu didedahkan oleh kakak Diana, aktres Linda Rafar menerusi entri terbaru di akaun Instagram (IG).

Linda juga turut memuat naik foto bersama suaminya, Syed Aiman yang sedang merangkul Kayla.

 

Love 🙂 @kaylareysha

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

 

“Love @kaylareysha,” tulisnya ringkas.

Ramai yang mengucapkan tahniah kpeada Zamarul dan Diana termasuklah pelakon Izara Aishah juga turut berasa teruja dengan kelahiran Kayla dan mengucapkan tahniah kepada pasangan berkenaan.

“Macam mana nak like 7352828 kali ni? Ni dia baby yang buli mummy dia,” tulisnya di ruangan komen IG Zamarul. – MYNEWSHUB.CC

 

Loading...

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *