[VIDEO] VIRAL Bawa Keluar Bini Orang Tanpa Pengetahuan Suami. Dah Kantoi Acukan Pistol Pulak !!!

Posted on

ALOR SETAR – Dua pegawai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan polis selepas terlibat dengan jenayah penipuan melibatkan penggunaan senjata api dalam pergaduhan Jumaat lepas, lapor Harian Metro.

senj

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Pesuruhjaya Asisten Kanan Mohd Nashir Ya berkata kedua-dua lelaki berusia 33 dan 36 tahun itu ditahan sebaik sahaja mereka menyerah diri di Balai Polis Kepala Batas, jam 9 malam.

Polis juga turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver bersama lima butir peluru dari seorang daripada suspek berkenaan.

Dalam kejadian pada 21 Oktober lalu, suspek disyaki membawa keluar dua wanita berusia 30’an tanpa kebenaran suami wanita terlibat untuk beberapa hari.

“Perkara itu akhirnya diketahui oleh suami wanita yang terlibat memintas suspek kenderaan di hadapan restoran di Jalan Sultanah Bahiyah, kira-kira 2 petang sebelum berlaku pertikaian dan pergaduhan antara suspek dengan suami kepada wanita berkenaan.

“Seorang daripada suspek kemudian mengeluarkan pistol dan mengacukan ke arah suami,” katanya.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu kemudian bertindak membantu suami wanita untuk menenangkan keadaan.

Siasatan awal polis mendapati, lelaki berkenaan adalah kakitangan Bahagian Kawal Selia yang berkhidmat dengan sebuah syarikat GLC.

Suspek kini direman sehingga 27 Oktober dan kes disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Kredit: -Marian Metro

Kejadian Video: –

Loading…

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *