(VIDEO) Gempar & Seram Apabila Wanita Yang Sudah Dikebumikan Ini Menjerit Meminta Tolong Dari Dalam Kuburnya!

Posted on

Penduduk kampung di La Entrada, Honduras Barat gempar apabila seorang wanita yang sudah disahkan meninggal dunia dan telah dikebumikan keluarganya menjerit meminta tolong dari dalam kuburnya.

 

 

Neysi Perez yang berumur 16 tahun dan tengah mengandung 3 bulan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital setelah beliau terjatuh akibat terkejut mendengar bunyi tembakan yang dipercayai daripada sepucuk senapang.

 

Suaminya, Gonzales yang menziarahi pusara isterinya sehari selepas pengebumiannya itu terkejut apabila mendengar jeritan dan rayuan dari kubur isterinya dan kemudian memanggil penduduk kampung untuk menggali semula pusara terssebut.

“Apabila saya meletak tangan saya di kubur itu, saya boleh mendengar bunyi bising dan kemudiaannya saya dengar dia menjerit meminta tolong. Kejadian itu berlaku sehari selepas kami mengebumikannya, ujar Gonzales.

 

 

Jasad Neysi yang dipakaikan dengan pakaian pengantin dan dimasukkan ke dalam keranda sebelum di tanam di dalam simen konkrit itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan keluarga dan penduduk kampung.

Malangnya, usaha mereka sedikit terlambat apabila Neysi tidak lagi bernyawa atau mungkin pengsan dipercayai akibat kekurangan oksigen.

 

Apa yang lebih menyayat hati apabila tangan gadis berkenaan berdarah dipercayai akibat menumbuk cermin keranda berkenaan sehingga cermin tersebut pecah.

Jasad Neysi kemudian dikejarkan ke hospital dengan keadaannya masih berada di dalam keranda namun, setelah beberapa usaha dilakukan, pihak hospital mengesahkan bahawa Neysi tidak lagi bernyawa.

 

Sepupunya, Carolina Perez berkata saat jasad Neysi dikeluarkan, badannya masih panas dan ada denyutan nadi walaupun lemah.

“Ada calar di dahi dan luka pada jarinya. Ini bermakna beliau telah sedaya upaya untuk mengeluarkan diri dari keranda dan telah mencederakan diri sendiri,” kata Carolina.

Pekerja di kawasan perkuburan tersebut, Jesus Villanueva berkata beliau turut mendengar bunyi bising dari kubur namun tidak menyangka ada orang yang masih hidup.

“Saya meyakinkan diri sendiri yang jeritan tersebut datang dari tempat lain (bukan kubur). Saya tak pernah terbayang yang akan ada seorang yang masih hidup di dalam sana,”ujarnya sedikit kesal.

Sementara itu, ibu kepada Neysi, Maria Gutierrez meluahkan rasa kesal dan marahnya kerana kesilapan pihak hospital yang mengesahkan kematian anaknya terlalu awal telah benar-benar membunuh anaknya.

 

“Doktor mengesahkan kematiannya namun orang sekeliling menafikannya. Dia tidak kelihatan seperti seorang yang telah meninggal dunia.

 

Walaupun selepas sehari dikebumikan, warna badan dia masih kelihatan normal (tidak lebam), jasad tidak berbau, dia cuma kelihatan seperti tengah tidur dengan nyenyak. Badannya juga masih lembut, mustahil untuk mengatakan dia sudah meninggal selama beberapa jam,” luah Maria yang sedih mengenangkan nasib anaknya.

Jasad Neysi kemudiannya telah dikuburkan kembali di pusara yang sama beliau dikebumikan sebelum ini.

Sumber: The Mirror

Loading…

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *