“Tiba-tiba semasa latihan pemanasan badan, ketika nak buat somersault, saya pitam dan saya jatuh terlentang … mendatar,” – Dhabitah, atlet terjun Mala…

Posted on

KUALA LUMPUR: “Tiba-tiba semasa latihan pemanasan badan, ketika nak buat somersault, saya pitam dan saya jatuh terlentang … mendatar,” kata penerjun negara Nur Dhabitah Sabri menceritakan kisah “perit” melaluinya sebelum acara final 3m papan anjal wanita pada Sabtu .

Sebab itu katanya, dalam pertandingan itu, apa yang ada dalam fikiran adalah untuk segera menghabiskan lima terjunan berikutan keadaan badan yang tidak nyaman dan sakit.

“Saya mempunyai belakang belakang sampai bawah tidak boleh bergerak dan keras … tidak rasa Mereka (jurulatih dan pegawai) meminta saya melakukan pemeriksaan, tetapi saya mahu meneruskan aksi dan kemudian baru membuat pemeriksaan (doktor),” katanya.
Keadaan itu telah menjejaskan aksi penerjun berumur 18 tahun itu sekaligus terpaksa berpuas hati dengan perak dalam acara 3m papan anjal Wanita Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil.

Nur Dhabitah akan beraksi dalam dua lagi acara iaitu 1m papan anjal pada Ahad, dan berpasangan dengan Wendy Ng Yan Yee dalam acara 3m papan anjal seirama pada Selasa. – Bernama

Loading…

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *