Serius Dan Lucu! Penunggang Motosikal Kejar Pemandu Kereta Langgar Lari Sejauh 5 KM. Ending…

Posted on

Sedang tular di media sosial ketika ini apabila satu video yang merakamkan sebuah motosikal sedang mengejar seorang pemandu yang menaiki kereta sejauh 5 kilometer kerana pemandu berkenaan terlibat dengan kes langgar lari.

Kejadian yang dikatakan berlaku di Pulau Pinang itu melibatkan seorang penunggang motosikal melayu yang mengejar pemandu kereta cina supaya kereta berkenaan berhenti. Pada awalnya, pemandu yang terlibat cuba untuk melarikan diri namun tidak berjaya.

Selepas berjaya memberhentikan pemandu berkenaan, penunggang motosikal mempersoalkan kepadanya kenapa melarikan diri setelah berlakunya kemalangan. Pemandu berkenaan memberi alasan kerana kawasan berkenaan tidak boleh berhenti.

Pemandu berkenaan cuba meminta pertolongan dari orang yang lalu lalang mungkin khuatir dirinya diapa apakan oleh penunggang berkenaan. Pertolongan yang diminta berjaya menarik perhatian seorang penunggang motosikal yang memberhentikan motosikalnya dan cuba untuk membantu.

 

Pada awalnya mungkin kita geram dengan pemandu berkenaan, namun marah jadi hilang apabila lihat ending video ini. Jom lihat.

Solute lah brader ni sanggup kejar sejauh 5km semata mata nak suruh pemandu kereta ni bertanggungjawab. Kiranya brader ni prihatin lah, tak hirau nyawa dah yang penting orang bersalah tak boleh dilepaskan. Tapi ending video tu yang buat hilang rasa marah ni.

Niat uncle tu baik dan nak membantu situasi yang berlaku. Tapi mungkin dia terlupa nak tongkat motor dia ke apa ke, tu yang jatuh motor tu. Member kat belakang muka dah tak faham je. Haha.

 

Loading…

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *