“Saya Tidak Perlu Bersusah Payah Cari Jurulatih Peribadi Sekiranya Bekas Suami Ada …”

Posted on

“Mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi” begitulah perumpamaan yang sesuai dikemukakan kepada anak sulung kepada Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil Zafuan apabila anaknya dilihat bergiat aktif dalam olahraga sepakbola.

 

Menurut laporan Harian Metro, pelakon jelita itu tidak menghalang anak sulungnya untuk bergiat aktif dalam sukan yang sama seperti ayahnya seperti anggapan segelintir pihak yang berasal dari kes cerainya dengan bekas suami yang merupakan bintang bola sepak.

Anak pasangan itu, Airit Rayyan Rizqin, 8 telah dipilih mewakili pasukan bola sepak sekolahnya.

 

 

“Apabila gurunya di sekolah meminta kebenaran untuk Rayyan terlibat dalam pasukan bola sepak sekolah, saya tidak keberatan jika dia berminat.

“Saya juga bertanya kepada Rayyan dan dia berminat. Jadi buat apa saya nak halang, “katanya.

Menurut Rita lagi, beliau telah mendapatkan khidmat jurulatih peribadi untuk melatih anaknya.

 

“Saya tidak perlu bersusah payah cari jurulatih peribadi sekiranya ada bekas suami. Sedikit sebanyak dia boleh membantu menyediakan peralatan sukan dan melatih Rayyan tetapi sekarang saya perlu buat sendiri dan bertanya kepada orang lain.

 

 

Tambah Rita lagi, pada awal pembabitan anaknya dalam bidang bola sepak, Rayyan nampak kekok kerana tidak nyaman dengan keadaan padang sehingga menyebabkan Rita tercelak besar.

“Saya tergelak apabila melihat keadaannya yang tidak selesa dengan aktiviti di padang. Dia tidak selesa apabila pakaiannya kotor dan berpeluh.

“Jika sebelum ini minatnya lebih kepada sukan catur atau bermain pemain Lego, tapi sekarang saya katakan dia harus membiasakan diri dengan sepak bola,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Rita Rudaini telah bercerai dengan suaminya, Aidil pada 4 Ogos 2013. Aidil bagaimanapun telah berkahwin dengan Zarema pada tahun 2014. Sumber: IG Rita Rudaini, Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *