Saya TERPAKSA Ambil Duit Dari Gereja Kerana Minta Duit Dgn Masjid Banyak Prosedur !!!

Posted on

Aqidah memang tidak boleh dijualbeli tetapi mudah tergadai tanpa sedar. Masjid banyak duit. Tetapi pengurusan masjid buat duit masjid macam duit mereka sendiri. Curi rm2 kena penjara. Mungkin yang melidi duit tabung tu dalam kesempitan sangat.

Saya pernah masuk gereja berhampiran kompleks Komplek Asia Jaya. Ada kotak telus atas meja. Ada buku catitan sebelah kotak. Dalam kotak tak bertutup ada banyak duit macam2 note. Saya belek buku. Lima ruang utk diisi. Tarikh, Nama, tidak tel, jumlah, catitan.

Berbagai bangsa punya nama ada dan memang saya mencari nama melayu. Jumpa beberapa nama siap nombor talipon. Salah satu nama lelaki ambil rm50 untuk membeli anak susu.

Saya tidak memanggilnya. Sembang bbrp minit. Baru kena berhenti kerja jaga masa tu.

“Dah jumpa pak imam masjid. Kena buat surat ke bendahari. Bendahari pula suruh gi pejabat zakat. Sampai pejabat zakat kena isi itu ini. Entah bila pula nak boleh. Kawan india suruh pi gereja. Boleh terus ambik kemudian baru tulis nama.

Saya pun pergi tempat tu dengan dia. ”

Kenapa encik ambik limapuluh je. Bukan ada orang jaga pun?

“Entahlah. Tetapi walaupun takde orang jaga tapi Allah nampak walaupun dalam gereja. Niat saya memang nak beli susu anak dan sikit utk tambang pusing2 cari kerja. ”

Terdiam aku sekejap. Lepas tu encik?

“Saya terus pergi beli susu anak dan balik rumah dgn nasi bungkus malam lima beranak. Pagi esok gereja talipon dan lepas tu saya pun boleh kerja jadi jaga di gereja tu. Takpa la asal tak mencuri. ”

Aku langsung teringat pada sorang pakcik yang sedang ronda tempat parking masa tu. Encik masih kerja di situ?
“Dak dah. Saya dah balik kampung ni. Gereja untuk modal. La ni saya meniaga gerai makan. ”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *