‘Salahkah Saya Menyintai Suami Orang?’ Komen Lelaki Ini Memang WIN..!!

Posted on

 

Bagi ramai wanita mungkin satu soalan yang layak dapat penyepak. namun, memetik dari laman Facebook Pesona Pengantin, dari apa yang diajukan, wanita berkenaan meminta pendapat dari pengguna maya yang mempunyai pengalaman berkaitan poligami. Meskipun dia akui kebanyakan respon yang diberikan adalah negatif.

Ikuti sepenuhnya luahan wanita itu di bawah:

“Salam admin, mohon rahsiakan identiti saya. Saya nak tanya pendapat admin mahupun rakan yang lain. Mungkin pertanyaan saya ini akan dikecam oleh banyak pihak.

“Berkaitan dengan soal poligami. Saya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang sudah berkeluarga, mempunyai seorang anak dan isterinya sedang sarat mengandung.

“Perkenalan kami baru berusia dua tahun. Dia ada menyampaikan hasrat untuk menjadikan saya sebagai isteri keduanya. Malah dia sudah berjumpa dengan kedua ibu bapa saya.

“Dia memaklumkan pada saya bahawa dia akan beritahu perkara itu kepada isterinya. Tetapi bukan pada masa isterinya sedang sangat sarat mengandung.

“Pertanyaan saya, jika saya meneruskan hubungan ini atas dasar cinta, adakah ianya satu keputusan yang terhina sebagai seorang wanita? Saya pernah menyuarakan kepada dia bahawa saya rasa bersalah dan kasihan terhadap isterinya sebagai sesama wanita. Tetapi dia menjawab, dia mampu untuk berpoligami dengan adil. Dan hasrat dia untuk menjadikan saya sebagai isteri kedua itu juga tidak dilarang dalam agama.

“Jawapannya itu membuatkan saya dalam dilema. Harap admin dapat membantu saya. Saya terima jika ada yang mengecam saya mahupun marah atau maki kerana saya tahu perkara ini sangat sensitif. Saya mohon maaf,”

Dalam ruangan komen di Page Pesona Pengantin, salah satu komen telah mendapat perhatian netizen, komen tersebut yang dimuatnaik dari seorang pengguna Facebook dengan nama Deano Rahayudean Rahmat membalas persoalan wanita dalam dilema tersebut.

“Saya belum berumahtangga tetapi terpanggil untuk memberikan pendapat. Mungkin kerana adik beradik ramai perempuan dan ibu saya juga adalah ibu tunggal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *