Pemandu Grab Hilang Sabar Terus Tumbuk Penumpang Wanita Sampai Patah Hidung !!!

Posted on

Menjadi pemandu Grab memberikan peluang untuk sesiapa sahaja untuk membuat duit secara sepenuh masa atau secara sampingan. Anda boleh memandu di mana-mana sahaja untuk menghantar pelanggan ke tempat yang sesuai. Di Malaysia ada, ramai rakyat kita yang menjana pendapatan bulanan sebagai pemandu Grab.

Dengan adanya perkhidmatan ini, ia akan membantu pemandu untuk mencari wang mengikut kelapangan masa dan membantu para penumpang untuk mendapatkan perkhidmatan penghantaran ke satu destinasi dengan lebih mudah. Namun begitu, ada sahaja kisah dan cerita yang tidak enak di katakan berlaku antara penumpang dan pemandu Grab ini.

Sebelum ini pernah di laporkan pemandunya di usik oleh penumpang di mana mereka di minta untuk mengambil penumpang jam 3 pagi di kubur daerah. Ada pula pemandu yang di serang oleh penumpang geng kunyit yang suka meraba dan mengajak mereka buat kerja tidak senonoh jam 2 pagi. Terkini, laporan juga dibuat oleh penumpang yang berkaitan dengan insiden pukul oleh pemandu Grab.

 

Kisahnya ketika seorang remaja yang masih berumur 16 tahun yang ingin mendapatkan servis dari pemandu Grab ini untuk membawanya dari Puchong Jaya ke Times Square. Untuk mengelakkan tol, wanita itu meminta pemandu itu melalui Jalan Klang Lama. Walau bagaimanapun pemandu berkenaan menolak permintaan wanita itu kerana tidak tahu jalan dan bergerak menggunakan Waze.

Wanita berkenaan dengan rela hati mahu menunjukkan jalannya kerana dia tahu. Tetapi pemandu itu berkeras dan kerana itu wanita berkenaan minta dia di berhenti di tepi jalan. Berang dan marah atas alasan wanita berkenaan menutup pintu kereta dengan kuat, lelaki berkenaan telah turun dan menumbuk wanita itu sehingga kecederaan di mulut dan patah hidung.

Mangsa telah membuat laporan polis dan suspek telah di tahan sekitar jam 2.30 pagi dan dia di reman untuk siasatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *