KISAH SEORANG SUAMI MITHALI MENINGGAL DUNIA SETELAH DAPAT TAHU ISTERI CURANG DI PEJABAT..

Posted on

 

Pagi itu, seperti biasa Zulaikha berumur 28 tahun melangkah masuk ke pejabat dengan penuh gaya. Waaupun hanya memegang jawatan kecil di sebuah syarikat rawatan kecantikan, tetapi lagaknya saling tidak tumpah seperti pengarah syarikat.

Sikapnya itu bukan sekali dua menimbulkanperasaan jengkel di hati teman­teman sepejabatnya. Pun begitu, Zulaikha tidak pernah mengendahkan apa juga umpat keji teman­teman sepejabatnya itu. Apa yang penting, hatinya bagaikan merak kembang petang setiap kali Shah, 35 Pengarah Urusan syarikat itu memujinya. Sebenarnya Zulaikha sudah lama memedamkan perasaan terhadap majikannya itu. Tetapi disebabkan isteri majikannya itu turut menjadi “orang kanan” di syarikat itu, niatnya itu dipendam begitu saja. Namun apabila ada peluang dia pasti akan berusaha menggoda. Zulaikha bagaikan lupa, bahawa dirinya sudah pun bergelar isteri orang yang punyai dua anak. Impian untuk menawan hati majikannya yang kacak itu tidak pernah padam sebaliknya semakin membara dari hari ke hari.

Demi mencuri hati lelaki impiannya itu, Zulaikha sanggup berhabis sakan. Pakaiannya yang tersalut ditubuhnya, dipastikan “up­to date”, menghairahkan dan mendapat perhatian Shah. Kalau umpan sudah tersedia, masakan pancing tersadai lesu. Melihatkan lagak Zulaikhaitu, iman Shah entah ke mana. Tanpa pengetahuan isterinya, dia sering menghubungi telefon bimbit Zulaikha. Respon daripada Shah itu, benar­benar membuatkan Zulaikha bagaikan berada di atas awan. Tambah pula bila mendengar pujuk rayu yang penuh kata­kata romantis dan memberahikan daripada lelaki idamannya.

Tiga bulan lamanya, mereka berdua menjalinkan hubungan sulit tanpa pengetahuan sesiapa pun. Mereka berdua bijak sekali menyembunyikan hubungan sulit itu daripada pengetahuan orang lain, terutamanya isteri Shah dan pekerja di syarikat tersebut.

Sepanjang perhubungan itu, bukan sekali dua Shah mencuit tuguh gebu Zulaikha. Cuma Zulaikha saja yang buat­buat jual mahal. Rancangannya, dia mahu Sah rasa tercabar dan berusaha untuk menakluki dirinya. Dan petang Sabtu itu, akhirnya Zulaikha jatuh juga dalam dakapan Shah. Petang Petang itu kedua­duanya melunaskan ‘hajat” mereka tanpa rasa bersalah dan berdosa. Sebaliknya, mereka berdua tersenyum kepuasan. Dan sejak peristiwa petang itu, mereka semakin kerap “bersama”. Zulaikha benar­benar seorang pelakon yang hebat. Di rumah, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. “Keperluan” suaminya tidak pernah diabaikan, kerana dia tidak mahu suaminya mensyaki apa­apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *