“Kakak Ipar Aku Lasak Macam Jantan, Rupa-rupanya” Alahaiii..Tepuk Dahi Aku

Posted on

Salam. Tahun lepas aku dapat seorang lagi kakak ipar. Abgku yg ke5 berkahwin.

Dalam ramai2 abg aku, dia la yg paling hensem. Tapi isterinya bagi aku biasa2 saja. Tak cantik, kulit agak gelap.

Dr mula bertunang lg, aku mcm frust jugak la. Ingtkn kakak ipar ni cantik lawa la sampai abg aku tu beriya2 suruh ummi aku pergi meminang sampai ke pantai timur kami pergi.

Kawan2 aku excited nk tgk gmbr kakak ipar aku, tp aku malu sbb kakak ipar aku biasa2 je. Abg aku jumpa dia dua kali je lepas tu terus pinang. Bertunang dalam 3 bulan mcm tu terus nikah.

Lepas kawin, kakak ipar aku ni, kakna duduk dgn kami. Gayanya agak kasar, dan dia mmg lasak mcm jantan. Aku sendiri kadang hairan knp abg aku syg sgt dekat dia. Pernah sekali, aku nampak dia pnjat tangga, tukar lampu dapur sorang2.

Pokok rambutan belakang rumah aku pn selamba sahaja dipanjatnya. Masa tu aku ingat lagi, aku geleng kepala dan ckp kt ummi, kakna dh serupa beruk. Dia xdela pandai sgt masak, tp dia selalu tolong ummi kt dapur. Kdg2 dia tlg ambil adik aku kt asrama, adik aku bgtau kakna bawak kereta mcm org gila, laju mcm bwak ferrari.

Tp kakna dlm kasar2 dia, suara dia agak lembut walaupun nyaring sikit. Kalau anak2 saudara aku dtg, dia mmg suka melayan.baca buku cerita, main colour2 dan lukis,smpai kadang ada yg taknak balik, nk tido dgn kakna. Kakna pandai layan kerenah budak2.

Kakna ni jenis yg happy go lucky jgk la. Kalau tengok tv sorang2 pn dia boleh gelak mcm langsuir. Tak pernah aku tengok dia ada masalah.kdg2 kalau org tanya dh berisi ke belum, air mukanya berubah jugak, tp lepas tu kakna sengeh saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *