Janda Cantik Berkepala BABI … Perbuatannya Terhadap IbuBapa Buat Ramai TERGAMAM !!!

Posted on

Dia sedar itulah balasan Allah terhadap anaknya, hanya dia tidak menyangka secepat itu. “Anehnya, sebaik sahaja Jamilah mati, rantai itu terurai dengan sendirinya dan masuk semula ke dalam tanah. Kami semua begitu terpegun dan merasa insaf dengan apa yang berlaku. Itulah balasan Allah terhadap seorang anak yang derhaka, “sambung Nek Mariam sambil menitiskan airmata.

Jenazah Jamilah diuruskan seperti biasa dan dikebumikan. Upacara membaca ayat suci Al Quran di atas kubur selama 7 hari memang sering dilakukan oleh masyarakat di Pantai Timur dan menjadi satu upacara kebiasaan kepada sesiapa yang baru dikebumikan. Saat orang kampung bergilir-gilir membaca Al Quran, maka satu lagi petunjuk dari Allah terjadi. Pada masa hampir subuh, mereka terdengar satu suara yang meraung-raung dari arah liang semua. “Mak ooiii … .. !! Ayah ooiii !! Tolonglah …! Allah Tuhanku … .minta tolong …! Mak … .ayah … tolonglah! “Suara mendayu-dayu itu sungguh menyeramkan dan tidak henti-henti,” cerita Nek Mariam lagi.

Salah seorang daripada mereka bertindak memberitahu kepada ibu Jamilah bahawa suara mereka yang mereka sangka datang dari arah liang semuanya. Dengan bantuan jiran-jiran berdekatan, mereka segera ke Kubur Jamilah untuk menggali kubur itu kerana mereka menganggap Jamilah masih hidup. Setelah digali, alangkah terkejutnya bila melihat jasad Jamilah yang kaku dan berbalut itu telah bertukar rupa.

Kepalanya menjadi kepala seekor babi! MasyaAllah …. Ramai orang menyaksikannya … .satu lagi keajaiban yang sengaja Allah ingin memperlihatkan pada hamba-hambanya. Bertambah sedih dan sayu hati ibu Jamilah melihat keadaan anaknya begitu …. Semalam dia bermimpi, Jamilah datang kepadanya dengan keadaan yang sangat buruk dan daif sambil berkata: “Tak payahlah ibu mengadakan kenduri arwah untuk saya, kerana saya telah keluar dari Islam ….” Menyedari hakikatnya ibu itu terkejut dan tak henti-henti menangis sambil berdoa kepada Allah agar mengampuni dosa anaknya itu. “Maka tiadalah kenduri arwah dibuat untuk Jamilah. Itulah cerita tentang balasan Tuhan terhadap hambanya yang berdosa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *