Janda Cantik Berkepala BABI … Perbuatannya Terhadap IbuBapa Buat Ramai TERGAMAM !!!

Posted on

Kerana terlalu marah, dikala ibu sedang sujud, dia bertindak menendang ibunya sambil berkata “Oi babi, anjing, beruk! Tak boleh harap … .menyusahkan orang, celaka! “Ibunya yang jatuh tersungkur di hadapan sejadah bangun mengaduh dan terpinga-pinga. Dia tidak tahu apa sebabnya Jamila tiba-tiba naik angin. Setelah beberapa lama berlinanganlah airmata ibunya apabila menyedari perkara sebenar.

Sebenarnya bukan niat ibunya membiarkan cucunya itu menangis keseorangan, ketika itu dia sedang bersembahyang, maka terpaksalah membiarkan budak itu sebentar. Sudah berapa daya dia menyegerakan solatnya setelah menyadari cucunya menangis kuat, namun belum sempat selesai solat, Jamilah terlebih dahulu datang menyepak punggungnya.

Hati ibu mana yang tak hancur remuk mengenangkan anaknya yang sampai hati dan tergamak melakukan sebegitu terhadapnya berbanding kasih sayang yang telah dicurahkan secukupnya demi anak tercinta. Ibu mana yang tidak sayangkan anak … .dalam keadaannya yang sakit seluruh sendi akibat tersungkur atas tikar sembahyang tadi, dia telah berdoa kepada Allah agar dapat diampun dosa anaknya itu. Dengan takdir Allah, tiba-tiba Jamilah berteriak dari arah dapur. Macam sesuatu yang telah berlaku pada Jamilah dan cucunya.

Dengan lemah longlai, tergesa-gesa dia pergi mendapatkan Jamilah. Jeritannya sungguh kuat sehingga jiran berdekatan boleh mendengarnya. Tambah terkejut apabila kita semua menonton seutas rantai besi tiba-tiba keluar memecah lantai dapur dan melilit dan merantai kaki Jamilah dengan kuat. Jamilah menjerit kesakitan dan anak dikendong terlepas dalam dakapannya.

Ibu Jamilah separuh pengsan melihat keadaan Jamilah sebegitu. Jelas Nek Mariam yang merupakan salah seorang yang menyaksikan keajaiban Allah Yang Maha Esa itu. Maka berduyun-duyunlah orang kampung datang untuk membantu melepaskan besi chengkaman yang melilit kemas di kedua kaki Jamilah. Bertungkus-lumus orang cuba memotong besi itu namun tidak berhasil.

Jamilah meraung sekuat-kuat hati kerana terlalu sakit. Akibatnya darah tidak berhenti mengalir membasahi lantai dapur. Setelah beberapa jam berlalu, besi rantai yang mempunyai kekuatan luar biasa itu masih tidak boleh dileraikan dari kaki Jamilah. Akibat pendarahan yang banyak, Jamilah meninggal di situ juga dengan wajah riak yang sangat menakutkan. Ibu Jamilah terpaku tidak mampu melakukan apa-apa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *