Janda Cantik Berkepala BABI … Perbuatannya Terhadap IbuBapa Buat Ramai TERGAMAM !!!

Posted on

Jamilah 20an, (bukan nama sebenar) adalah seorang isteri yang malang. Dia telah ditinggalkan suami sebaik sahaja melahirkan anak sulung mereka. Jamilah terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya itu.

Sumber: grenbara / ohbuaian

Mujurlah dia masih mempunyai ibu bapa yang peduli akan dirinya. Itulah yang dikata kasih sejati seorang ibu. Tiada tolok bandingannya walhal semenjak kita dalam kandungan lagi kasih sayang sudah dicurahkan sepenuh jiwa dan raga. Setelah Jamilah bergelar janda, Jamilah kembali ke rumah ibunya.

Walaupun Jamilah tidak mendapat kasih sayang seorang suami tetapi dia adalah lucky kerana masih mendapat kasih sayang dari ibu sejati. Jamilah dan anak kecilnya dijaga dan diberikan kasih sayang dengan sempurna. Soal makan dan minum Jamilah dan anaknya tidak menjadi masalah kerana Jamilah masih mempunyai bapa yang masih kuat mengerjakan ladang dan sawah.

Bapa Jamilah keluar bekerja awal pagi dan pulang lewat petang. Manakala ibunya tidak banyak aktiviti di rumah hanya memberi makan haiwan ternakan sahaja. Adik-beradiknya semuanya sudah berkahwin dan membawa haluan masing-masing. Jamilah adalah anak bongsu dalam keluarga, mengenang nasib malang Jamilah, sudah tentu perasaan sayu dan kasihan dari ibu membuak-buak apabila melihat anak dan cucu kecilnya tidak terbela. Usia Jamilah masih remaja walaupun bergelar janda.

Zaman remajanya masih lagi belum puas dikecapi tambahan pula fikirannya masih belum matang dalam erti hidup. Jamilah terasa diri begitu bebas dan terlepas dari belenggu ketika hidup bersuami dulu. Jamilah tidak merasa kekurangan pada dirinya malah semakin yakin kerana dia masih muda dan masih kelihatan cantik. Segala urusan anak kecilnya diserahkan kepada ibu dengan alasan tidak biasa dengan karenah anak kecil. Sebenarnya Jamilah malas untuk menguruskan anak kecil yang merimaskan. Pada mulanya, ibu Jamilah tidak perasan, maklum sahaja cucu sendiri, tentu tidak terasa bebannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *