‘It’s okay, on me. I belanja. We kan Malaysians. It’s my Merdeka treat for you’

Posted on

Memang barisan bergerak perlahan tetapi saya tak kisah. Saya kagum dengan caranya yang mampu mengawal dua kaunter berkenaan dengan sikapnya yang tenang.

 

 

Tiba-tiba, seorang wanita Melayu di depan saya berpaling ke belakang dan berkata,

“Awak tahu, dia sangat komited dan berdedikasi terhadap kerjanya. Saya kagum dengan cara dia menguruskan dua kaunter itu,” katanya.

“Ya, saya memerhatikan dia sejak saya masuk tadi,” balas saya.

“Saya kakitangan kerajaan dan saya boleh katakan amat jarang melihat sikap pekerja seperti ini. Saya tertanya-tanya bagaimana mereka menguruskan pelanggan di bahagian Drive Thru, sementara itu menyiapkan pesanan dan buat kerja-kerja yang lain pada masa yang sama.

“Jadi, awak nak order apa?” soalnya.

Lalu saya menjelaskan pada dia bagaimana saya boleh berada di dalam barisan itu.

“Oh, McFlurry Durian yang sedap itu ke?” soalnya.

“Ya, saya mesti cuba sebelum terlambat,” balas saya.

Kemudian tiba gilirannya dan sekali lagi dia berpaling ke belakang dan bertanya.

“Awak pasti awak hanya mahu pesan McFlurry Durian? Saya boleh order sekali untuk jimatkan masa untuk beratur,” katanya.

“Ya, cuma McFlurry Durian sahaja,” lalu saya pun terus mengambil dompet untuk membayarnya semula.

Tetapi dia enggan menerima duit yang saya cuba hulurkan kepadannya.

“It’s okay, on me. I belanja. We kan Malaysians. It’s my Merdeka treat for you,” katanya.

 

 

Saya tergamam seketika. Adakah ini yang kita panggil, berbuat baik tanpa mengira bangsa? Saya benar-benar menghargai apa yang dia lakukan dan saya beritahu dia yang saya akan menulis tentang perkara ini di Facebook malam ini.

Ia bukan tentang keterujaan mendapat makanan percuma dari seseorang tetapi niat murninya untuk memberi layanan kepada orang yang dia tidak kenali. Di kala ramai di antara kita bercakap tentang perkauman di kalangan rakyat Malaysia tetapi ada insan yang baik, yang percaya kepada kemanusiaan. Hanya ahli politik yang berniat jahat saja mewujudkan jurang di antara kita untuk agenda dan kepentingan mereka sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *