‘It’s okay, on me. I belanja. We kan Malaysians. It’s my Merdeka treat for you’

Posted on

Kisahnya ringkas, namun ramai yang menyukainya. Hanya kerana McFlurry Durian, lelaki ini dapat melihat dua perkara yang amat bermakna, di samping mendapat McFlurry Durian secara percuma. Semoga kisah dari Encik Subash Chandrabose Arumugam Pillai ini memberi manfaat kepada kita semua.

Ini Cerita Hari Merdeka saya

Saya dalam perjalanan pulang ke pejabat, dari Putrajaya. Sebelum itu, saya singgah sebentar di McDonald’s untuk membeli McFlurry durian selepas ternampak poster di Facebook yang mengatakan promosi McFlurry Durian telah habis. Jadi, saya ambil keputusan untuk cuba mendapatkannya atau tunggu saja keluarannya pada tahun depan.

Yes! Saya ternampak cawangan McDonald’s di Presint 2. Bahagian Drive Thru, penuh dengan kereta beratur sehingga ke jalan utama. Pastinya ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai McFlurry Durian seperti saya juga.

Daripada menyertai barisan kereta yang panjang itu, saya letak kereta di tempat letak kereta dan ambil keputusan untuk masuk saja ke dalam premis tersebut. Saya ingat boleh jimatkan masa tetapi saya silap. Dalam McDonald’s itu saja dah ada tiga barisan panjang untuk membuat pesanan masing-masing.

Memandangkan dah terlanjur berada di situ, saya pun beratur saja seperti mereka yang lain.

Barisan bergerak dengan perlahan dan hanya dua kakitangan sahaja yang sedang memberi layanan kepada pelanggan. Seorang sibuk memanggil nombor pesanan, manakala seorang lagi mengambil pesanan di kaunter.

Ya, kaunter. Seorang gadis Melayu dengan mukanya yang sentiasa memberi senyuman manis, mengambil pesanan pelanggan dari dua kaunter. Dia mengambil pesan dan menerima pembayaran, kemudian beralih ke kaunter sebelah untuk melayani pelanggan seterusnya.

Ia adalah kerja yang memenatkan terutamanya bila terpaksa menghadap pelanggan yang ramai. Tetapi saya perasan, dia tetap senyum dan mengucapkan terima kasih kepada setiap pelanggannya, malah bersopan apabila mengambil pesanan pelanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *