Ibu Sembunyikan ‘SESUATU’ Tentang Ayah. 1 Hari Aku Kemas Almari Ibu & Aku Jumpa Segala Rahsia Ibu. Rupa²nya Aku.

Posted on
Aku sampai sekarang belum pernah jumpa ayah kandung aku dan bila tanya ibu, dia seperti sembunyikan sesuatu. Muka aku ni ada kacukan arab sedangkan muka kakak aku melayu. Satu hari aku kemas almari ibu dan alangkah terkejut apabila menemui pelbagai dokumen dan sah aku ini adalah anak……..

Gambar Sekadar Hiasan. Hasil Carian Google images

Assalamualaikum.Aku perempuan.Dah berkahwin dengan seorang incredible man dan ada seorang anak lelaki super saiya.

Aku anak luar nikah hasil hubungan terlarang ibu dan seorang lelaki warga Pakistan.Aku tak pasti lah macam mana berlaku,yang aku tahu masa tu ibu janda di tinggal kan suami dan sebulan lepas tu kematian anak lelaki.Apa yang aku boleh fikir dia manusia yg khilaf dinodai tipu daya syaitan sewaktu hilang arah kehidupan.

Cuma part yang aku kecewa,terluka dan pedih sangat aku ditipu.Sepanjang kehidupan aku.Aku begitu sanjung ibu aku.Aku sangat menjadikan dia idola.Sebab Aku rasa dia yg paling sayang kn aku dekat dunia ni jadi ibu takkan sakit kan aku.Dari kecik aku di bg tahu yg ayah kakak aku(suami pertama ibu) tu ayah aku.Nama aku tak ber binti kan dia sebab dia tk mengaku aku anak dia.Aku naïf,bila siapa-siapa tanya tu jawapan aku.Aku benci kan dia dr kecik sampai habis umur aku 16 tahun.Padahal dia bukan bapak aku.Rahsia ni ibu simpan elok je.Kakak pun tak pernah bg tahu aku apa2.Kakak selalu jugak jumpa ayah dia.Masa tu aku mesti menangis fikir kenapa ayah tak nak jumpa aku?,bayangkan umur 8 tahun,aku curi2 ambil nombor telefon ayah kakak aku tu jalan 2 batu pergi public phone semata2 nak dengar suara ayah aku.Bila dia angkat aku senyap je,aku cuma nak dengar suara ayah aku.

Aku suka kemas rumah,setiap bulan aku akan kemas rumah dan alih2 perabot rumah aku.Kuasa Allah satu hari tu aku tengah alih kan almari berlaci dekat bilik ibu aku macam mana tah tersalah step laci tu semua terkeluar dan memuntahkan macam2 Surat&dokumen.Aku kemas satu-satu sampai terjumpa surat cerai ibu.Tarikh cerai tu beza 3 tahun dr tarikh lahir aku.Dekat situ aku dah tahu aku ditipu.Dan malam tu kuasa Allah jugak ibu tengok forum perdana.Memang setiap minggu tu rancangan favourite dia.Setepek dekat dahi.Tajuk dia “kenapa aku Bin/binti Abdullah”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *