Hairul, Hanis Bercuti Di Hotel RM13k Semalam?

Posted on

 

SESIAPA yang mengikuti perkembangan keluarga bahagia ini, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen tentu tahu mereka kini sedang menikmati percutian di salah satu pulau cantik, Maldives.

Bukan suatu yang pelik sekiranya melihat pasangan ini bercuti tetapi apa yang menarik perhatian adalah harga villa mewah yang mereka duduki adalah mencecah RM13,000 satu malam!

 

 

Apa?? RM13,000 semalaman? Mak aiii…

Sememangnya bertuah badan sekiranya dapat menjejakkan kaki ke sana.

Namun apa kan daya, buat masa ini hanya mampu melihat Hanis Zalikha dan keluarga menikmati suasana indah villa di persisiran pantai.

Bagi pengetahuan umum, villa di sana mempunyai beberapa perbezaan harga mengikut saiz bilik yang bermula daripada RM 8,000,RM13,0000 dan RM84,000.

Haaa… siapa nak try boleh lah ke sana!

Jika dilihat, pasangan ini tidak ketinggalan berkongsi gambar dan video saat manis keberadaan mereka di sana dalam laman Instagram buat tatapan peminat.

 

 

Rata-rata netizen begitu teruja dengan gelagat comel yang mencuit hati Yusuf Iskandar yang dilihat begitu kacak berbaju kemeja putih.

Hmmm… tak dapat pergi, dapat cuci mata dengan melihat gambar Hanis dan Hairul ni pun jadilah…– MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

 

Loading…

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *