Emas Malaysia ‘Dirompak’ Indonesia Protes AS$200

Posted on

“Saya terima keputusan ini kerana saya akui ada melakukan sedikit kesilapan ketika gelanggang. Kesilapan kecil itu yang mungkin menjadi perbezaan dengan pemenang pingat emas,” katanya ketika ditemui pemberita.

Dalam masa sama, Ing Yueh turut berpuas hati dengan pencapaiannya pada temasya kali ini selepas berjaya merangkul dua pingat emas dan satu pingat perak untuk disumbangkan kepada kontinjen negara.

“Saya sendiri tidak menyangka dapat mengutip tiga pingat apatah lagi dua emas kerana sasaran utama adalah pingat emas bagi acara gimnastik artistik berpasukan saja.

“Selepas berjaya rangkul pingat emas dalam acara berpasukan, saya rasa kejayaan itulah yang jadi pembakar semangat untuk saya meneruskan momentum bagi acara individu,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

Loading…

Sumber : Gempak