Datuk Kepada Suspek Bakar Tahfiz Ittifaqiyah Terkejut dan Terkedu, Cucu Terlibat. Ini Luahan Sayu, Datuk Suspek Mencerita Perangai Sebenar Cucunya Yan…

Posted on

Seorang datuk kepada salah seorang daripada tujuh suspek yang ditangkap polis dalam kes bakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkejut dan sebak apabila mendapat tahu cucunya terlibat dalam kes tersebut.

Cucunya yang berusia 15 tahun ditangkap polis semalam selepas disyaki terlibat dalam kes kebakaran mengorbankan 23 nyawa itu.

 

 

Amrun Baksu, 55, yang bekerja sebagai penjaga tandas di tasik yang terletak di belakang pusat tahfiz yang dibakar itu berkata, cucunya itu seorang yang baik tapi disebabkan oleh pengaruh kawan-kawan menyebabkannya terjebak dalam gejala sosial.

“Itu anak (cucu) dia memang baik tapi disebabkan pengaruh kawan (masalah sosial).

“Kawan dia terlalu kuat (pengaruh),” katanya semasa ditemui MalaysiaGazette.

Wartawan menunjukkan gambar suspek yang juga cucunya, Amrun dilihat sedih dan terkedu sebaik melihat gambar yang dikeluarkan oleh polis semalam.

Cucunya itu tidak bersekolah, ibu bapanya sudah bercerai dan menghabiskan banyak masa melepak dengan kawan-kawan.

Menurut beliau, emak suspek bekerja sebagai pencuci.

 

 

Terdahulu, seorang pengawal keselamatan yang ditemui memberitahu salah seorang suspek mempunyai datuk yang bekerja sebagai penjaga tandas.

Seorang pengawal keselamatan di tasik rekreasi terletak belakang Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar mendedahkan pernah diugut oleh suspek yang ditangkap polis semalam.

Hamat Zahidin, 45, yang sudah bekerja selama tujuh bulan di tasik rekreasi terletak di Keramat Hujung semasa ditemui MalaysiaGazette mengecam semua gambar suspek yang diedar polis selepas ditunjukkan.

“Ya, semua ini saya pernah jumpa mereka melepak di sini, kadang-kadang terserempak mereka memegang beg plastik dalam keadaan khayal.

“Pernah beberapa kali saya tegur mereka supaya tidak buat perkara pelik-pelik di kawasan ini tapi saya pula juga diugut mereka,” katanya.

Hamat memberitahu sering menjumpai suspek pada waktu pagi dan petang, ada antara mereka yang bersekolah dan tidak bersekolah.

Suspek pernah mengugut Hamat untuk memukulnya jika terus menegur dan membuat laporan terhadap aktiviti mereka, ia menyebabkan beliau agak bimbang dengan keselamatan dirinya.

Beliau pernah memberitahu polis mengenai aktiviti tidak bermoral yang dilakukan oleh suspek, bagaimanapun tidak ada sebarang tindakan diambil.

“Saya ada memberitahu polis mengenai aktiviti remaja bermasalah di sini cuma tidak ada tindakan susulan,” katanya lagi.

“Saya agak sedih dengan insiden ini, budak-budak baik tapi diperlakukan macam ini.

“Saya mengenali tiga beradik pelajar tersebut, mereka akan tegur saya setiap kali selesai beriadah. Mereka agak akrab dengan saya dan kadang-kadang mereka ada berbual dengan saya,” kata beliau dengan nada sebak.

 

 

Polis semalam mengesahkan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terbakar awal pagi Khamis lalu berpunca daripada tindakan khianat susulan tangkapan ketujuh-tujuh suspek.
Ketujuh-tujuh yang ditangkap telah dibawa ke mahkamah dan direman selama tujuh hari dari 16 hingga 22 September. Hasil ujian air kencing menunjukkan enam daripada suspek positif ganja dan dipercayai khayal semasa melakukan perbuatan tersebut.

Sumber : MalaysiaGazette

Loading…

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *