Buang Gambar Tun Mahathir Dalam Buku Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan: KPM Buat Laporan Polis Terhadap 2 Pihak ..

Posted on

Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan telah mengubah sejarah Malaysia apabila gambar Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3 lapor mStar Online.

Kementerian itu mengatakan buku yang tular di media sosial bukan terbitan kementerian.

 

“Kementerian Pendidikan mahu menyatakan rasa kesal terhadap tuduhan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini Khamis.

Susulan itu, katanya KPM telah membuat laporan polis untuk mengambil tindakan terhadap penerbit buku itu dan pihak yang telah memulakan penyebaran maklumat palsu berkenaan di media sosial.

 

KPM juga memohon kepada pengguna media sosial agar menghentikan penyebaran maklumat palsu itu agar tidak menjadi polemik yang boleh mengganggu kesejahteraan rakyat Malaysia.

KPM menegaskan setiap penulisan buku teks kementerian adalah berdasarkan kurikulum dokumen dan fakta sebenar yang berlaku pada masa atau masa berkenaan.

 

 

Dalam pada itu, KPM juga menegaskan bahawa kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada sekolah supaya menghapuskan gambar Perdana Menteri Malaysia keempat itu.

Loading…

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *