Bayi Lelaki Ditemui Dalam Beg Plastik Di Kawasan Semak Dengan Uri Yang Sedang Membusuk ..

Posted on

PAHANG – Bayi lelaki masih hidup ditemui dalam semak dekat pejabat Pejabat Hutan Muadzam Shah, Rompin lapor Harian Metro.

Bayi 2.6 kilogram yang masih bertali pusat itu ditemui peniaga ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, pukul 11.40 malam tadi.

 

 

Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor, berkata peniaga itu dimaklumkan lelaki warga Pakistan bahawa ada bayi di dalam plastik dalam semak ketika melalui kawasan itu.

“Sebaik menghampiri beg plastik itu, peniaga melihat bayi lelaki yang tanpa pakaian bergerak tetapi tidak menangis.

“Peniaga itu kemudiannya mengangkat bayi berkenaan dan ada jenis yang memusuk di dalamnya,” katanya.

Katanya, peniaga itu terus menghubungi Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk memberitahu kejadian itu sebelum pegawai perubatan tiba untuk memeriksa keadaan malang itu.

 

 

Bayi cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam sebelum ditemui.

“Tiada kecederaan serius pada bayi itu sebaliknya hanya bintik merah pada jarinya yang mungkin ditigit insiden.

“Hasil pemeriksaan doktor juga mendapati bayi itu dilahirkan cukup bulan dan berada dalam keadaan sihat,” katanya.

 

 

Beliau berkata, bayi itu kini ditempatkan di HMS untuk pemantauan dan pihaknya telah memberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung perkara itu.

Katanya, siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Loading…

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *