Baru 4 Hari Kahwin. Suami Ceraikan Saya Depan Keluarga Hanya Kerana Peristiwa MALAM PERTAMA !!!

Posted on

Asssalamualaikum. Di sini saya ingin berkongsi peristiwa yang baru berlaku dalam hidup saya.

Saya telah bernikah pada 30 Julai lalu dan majlis persandingan diadakan di rumah keluarga saya. Pada keesokan harinya, majlis bersanding menyambut lelaki menantu di rumah pihak lelaki.

Saya mengaku pada malam pertama, selepas mandi saya bersalin pakaian di bilik lain. Bila mana saya masuk ke bilik tidur, suami sudah pun tidur.

Awal Ogos, suami telah keluar daerah atas urusan kerja selama 2 hari. Tetapi sekembalinya suami dari luar rumah, dia telah datang ke rumah bersama dua orang lelaki yang juga ahli keluarga.

Pada malam itu, bersamaan dengan hari keempat kami bergelar suami isteri, dia telah menyeraikan saya di hadapan ahli keluarga yang lain. Dia menceraikan saya dengan talak 2 dengan alasan tidak boleh menerima saya bersalin pakaian di bilik lain.

Saya dan ahli keluarga tergamam dengan kata-kata dia. Berkali-kali kami bertanya, adakah itu sebabnya saya dibahagikan? Dia mengangguk dan berkali-kali kata yang dia tidak boleh menerima tindakan saya itu.

Adakah wajar dia terus menceraikan saya? Saya diseraikan tanpa disentuh lagi. Malam pertama kami hanya tidur sebilik dan sekatil sahaja tanpa apa-apa yang berlaku.

Semasa dia berada di luar daerah, dia langsung tidak mahu menjawab panggilan telefon dari saya. Adakah kesalahan saya sangat besar? Saya hanya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri tetapi tanpa berbincang atau bertanya, dia sesuka hati menjatuhkan talak ke atas saya dengan alasan tidak boleh menerima pakaian bersalin di bilik lain ?!

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Loading…

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *