Ayah Yang Berusia 77 Tahun TERPAKSA Bekerja Walaupun Anaknya Semua Berjaya. SEBAK !!!

Posted on

Kisah ini adalah kisah benar yang menjadi kenyataan bagi sebahagian dari masyarakat kita … Semoga kita muhasabah diri dan berdoa supaya menjadi anak solehah sampai akhir zaman kita. InsyaAllah …

Kurang sopan bila seorang anak bagitahu ayahnya macam ni:

Sumber: harianmetroni

“Kalau ayah nak duit, bagitahu saya lah kamu” … (sambil bersalam)

Saya yang sedang berurut dengan ayahnya kerana tergeliat kaki diam saja mendengarnya sehinggalah ayahnya luahkan pada saya.

“Seorang anak, tak sepatutnya bertanya begitu kepada seorang ayah, dah dia tahu ayah dia ni hidup susah, hulur je lah. Malu pakcik nak minta dengan anak, anak beri..pakcik ambil. Kalau anak tak beri, pakcik diam. Malu nak meminta ni walaupun dengan anak “.

Pakcik tu bagitahu anak dia alhamdulillah semua boleh dikatakan bergaji agak lumayan jugalah, yang bersalam dengan dia tu anak bongsu, gaji dah 7 @ 8k sebulan dan isteri dia pun bekerja … cikgu.

Saja ajak dia berbual rancak sikit sebab saya dok menahan sakit kena urut baru-baru ini, jadi saya juga buat tanya .. “Berapa sebulan semua anak-anak pakcik untuk?”

Dia pun menjawab dengan jujur: “Malu sebenarnya pakcik nak cakap, kalau mereka cukup .. tak payahlah pakcik dok berurut orang lagi macam ni, sebab umur pun dah 77 tahun. Mereka untuk Rm50 seorang, dapatlah Rm150 sebulan. ”

Saya tersenyum … xnak ulas apa-apa lagi. Cuma terfikirlah saya … kenapa berkira sangat dengan seorang ayah? Kalau seorang anak beri RM300, dah RM900, bolehlah seorang ayah tu berehat sikit di usia senja mereka.

Selalunya seorang anak yang berkira dengan ibu bapa, walau banyaknya rezeki yang mereka dapat … kebiasaannya mereka akan merasa tidak pernah cukup dengan pendapatan mereka. Nafsu mereka menjadi semakin besar … (Sebenarnya ujian dari Allah swt untuk anak-anak yang tidak malu kepada ibu bapa)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *