Aneh, Lelaki Rompak Bank Untuk Bayar Hutang Bank

Posted on

Dalam keadaan ekonomi yang semakin menyempit ini ramai yang tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi. Dan mungkin ini penyebab kenapa seorang pengurus kredit syarikat swasta membuat keputusan untuk merompak sebuah bank di Jalan Imbi pada Isnin lalu sehingga kerugian hampir RM46,000.

Memetik laporan dari Harian Metro, lelaki berusia 38 tahun tersebut di tahan di pusat beli belah di Jalan Imbi pada 8.30 malam pada Rabu lalu.

 

Menerusi rakaman CCTV di lokasi kejadian, ciri-ciri fizikal suspek sama seperti penjenayah yang menyamun bank terbabit.

Suspek kemudian membawa anggota polis ke pejabatnya yang juga terletak di Jalan Imbi. Setelah pejabatnya diperiksa, polis menemui sejumlah wang tunai sebanyak RM13,950 hasil dari rompakan tersebut dan pakaian serta peralatan untuk menyamun bank tersebut.

Hasil soal siasat, suspek mengakui dia melakukan rompakan tersebut untuk membayar hutang bank menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Habibi Manjiji.

“Lebih RM13,000 wang tunai yang disamun suspek digunakan untuk membayar hutang kepada pihak bank.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula 14 hingga 20 September ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam kejadian 11 September lalu, Habibi berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian samun di sebuah bank di Jalan Imbi kira-kira jam 12 tengah hari.

“Suspek yang memakai topeng muka menyamar sebagai pelanggan sebelum menghampiri kaunter dan mengeluarkan parang dari beg galas.

“Suspek kemudian mengarahkan dua petugas kaunter wanita yang berusia lingkungan 30-an untuk memasukkan wang tunai ke dalam beg galas itu sebelum melarikan diri.

“Ketika kejadian, tiada pelanggan berada di dalam premis berkenaan dan kedua-dua mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Loading…

Sumber : Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *