‘ALLAH ! Patutlah Ibu Aku Selalu Cerita Pasal Suami Aku, Rupanya Ini Yg Dia Buat !’ – Anak Bongkar Kegiatan HINA Ibu Kandungnya Sendiri

Posted on

Sampai satu tahap tanpa di duga ibu berjaya buatkan saya dan suami bergaduh teruk dan saya meminta cerai dgn suami. Tapi ibu buat seperti tiada apa yang berlaku sehingga ayah tidak boleh tahan sabar ayah mula campur tangan dalam urusan keluarga kami. Ayah menyuruh ibu balik dan tinggal saya dan suami serta tidak mengganggu kami lagi…Selama ini abah banyak berdiam dengan apa yang ibu buat dan ganggu rumah tangga anak2 sampai tahap ayah tidak boleh bersabar lagi. Namun ibu tetap berkeras dan cuba pisahkan saya dan suami.

Waktu suami cuba memulihkan keadaan dan memujuk saya ibu tak henti2 panggil saya supaya saya tidak tidur dengan suami sekali…berkali2 ibu hasut saya supaya saya jadi benci pada suami.

Tetapi saya tetap kuat sampai tiba hari tak diduga suami kerja petang, ibu psiko saya sehingga saya terketar2 menangis kemarahan…Ibu menghina saya tidak bekerja, menyusahkan suami, tiada apa2 dan banyak lagi…Ibu juga menelefon ayah serta menghasut ayah supaya mengambil anak anak saya kerana saya tidak sihat.

Saya dikatakan meroyan, gila dan tidak betul. Bukan itu sahaja…Malah banyak lagi saya dihina sehingga saya tidak dapat melupakan kata2 ibu saya…

Sebaliknya ibu tipu dan memutar belit cerita yang tak betul pada semua. Ayah tau segalanya. Ibu lakukan segalanya dan aniaya saya sewaktu suami tiada rumah kerana bekerja…Abah berkeras suruh ibu pulang ke rumahnya sendiri. Tetapi ibu tetap tidak mahu dan cuba menyulitkan keadaan sampai satu tahap saya dalam keadaan tidak boleh bersabar bersuara agar ibu keluar dari rumah.. Saya terlalu banyak menyimpan lemak sikap ibu…Salah saya sehingga ibu makin berani bertindak sedemikian sehingga cuba memporak perandakan rumah tangga kami.

Kini, ibu tidak lagi menetap lagi di sini. Tapi ibu selalu mengganggu kami sekeluarga seperti datang ke rumah dan menjerit jerit, memaki hamun kami sekeluarga, bukan itu sahaja. Ibu menuduh suami melepaskan “BENDA” di rumahnya…Suami hanya mampu tersenyum kerana telah kenal benar dengan perangai ibu mertuanya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *