‘ALLAH ! Patutlah Ibu Aku Selalu Cerita Pasal Suami Aku, Rupanya Ini Yg Dia Buat !’ – Anak Bongkar Kegiatan HINA Ibu Kandungnya Sendiri

Posted on

Ibu pernah menjerit2 panggil suami saya (bukan panggil saya sendiri anak kandungnya) masuk ke bilik dan mengatakan ternampak “TOYOL”…Suami berkeras tidak mahu masuk kerana risau ibu akan putar belitkan cerita. Ibu selalu berkata2 saya “CEMBURU ANTARA DIA DAN SUAMI SAYA”…

Sebenarnya saya tahu bahawa ibu sukakan suami saya…Maaf saya berkata begitu salah satu punca adalah ibu selalu bercerita tentang susuk tubuh suami saya seperti keadaan tidur suami, badan suami yang tegap, kaki suami…Saya telah dapat merasakan semestinya ada sesuatu yang tak kena.

Penghujung 2013, atas permintaan suami…Saya telah berhenti kerja kerana mengandung anak sulung…16.06.2014 saya telah selamat melahirkan anak saya…Perangai ibu makin menjadi2…Ibu banyak bersandiwara dan menyulitkan keadaan saya dan suami seperti terkena sampuk, menjerit2 mengapai2 waktu suami tugas malam sehingga satu masa suami dah x boleh bersabar suami terus menegur perbuatan ibu saya, oleh kerana tidak berpuas hati ibu memutar belitkan cerita mengatakan saya mengambil pisau utk membunuhnya, Demi Nama Allah…

Saya tak buat begitu sdgkan dalam masa ibu sedang dalam keadaan sampuk saya sedang bercakap dalam telefon dgn suami saya menceritakan apa yang berlaku, suami tahu segalanya tapi ibu putar belitkan cerita kepada anak2 lain, kebetulan saya adalah anak bongsu. Belum lagi soal anak saya yang baru lahir diberi makan serta minum air kosong secara diam2 di belakang saya dan suami…Makin hari keadaan makin parah dengan sikap ibu.

Rezeki Allah tanpa diduga saya mengandung lagi dan lahirkan zuriat yang kedua pada 29.07.2015. Kalini ada dugaan yang paling parah untuk saya dan suami. Sikap ibu makin menjadi2. Waktu saya berpantang ibu mereka cerita mengatakan pada suami saya tidak boleh melihat wajah ibu (kononnya saya meroyan)…

Saya dengar segalanya…Suami terus menidakkan apa yang ibu cakap…Banyak lagi cerita yang ibu reka rekakan untuk jatuhkan saya. Buka aib2 saya dan suami terhadap adik beradik dan banyak lagi. Tak habis cerita jika saya nak ceritakan apa yang berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *